Tuesday, January 25, 2011

Peluang melabur kepada Bumiputera

Penah tengok iklan kat tv yang makcik tu suruh ubah pasu bunga dalam opis tak? Tak pun yang sorang bapa cakap kat anak dia tu semua banggunan anak dia punya...ha ini la mendanya...

AHB Financing-i

The new Islamic financing facility for the purchase of Amanah Hartanah Bumiputera unit trust fund

AHB Financing-i provides financing for the purchase of Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) unit trusts based on the Shariah principles of Bai' ‘Inah (sale with immediate repurchase).

Eligibility

  • Individuals age 18 years up to 59 years old
  • Malaysian Residents
  • Bumiputera

Financing Amount

  • Min financing amount : RM10,000
  • Max financing amount : RM200,000

Margin of Financing

Up to 105%
Note:
  • 100% of nominal value of unit trust
  • 5% on GRTT (premium capitalization)

Financing Tenure

  • Payment period of up to 25 years or up to the age of 60

Profit Rate

Effective Rate:
  • BFR - 1.65% (throughout financing tenure)
Selling Price Rate/Ceiling Rate fixed at
  • BLR + 4.0% or 10%, whichever is higher

Payment Frequency

  • Monthly

Payment Option

  • Single installment only

Mode of Installment Payment

  • Standing Instruction (SI)

AHB Income Distribution

  • Income distribution (if any) will be made on a semi annual basis.
  • AHB financial year ends September 30

Documents Required

• Application form
• Certified True Copy of Identity Card (both sides)
• Photocopy of latest 3 months' pay slip (only for financing above RM50,000)

cek kat website maybank....

Monday, January 24, 2011

Cetak Rompak CD Ustaz

Cetak Rompak CD Ustaz

Kebelakangan ini banyak pihak yang mengambil kesempatan dengan mengeluarkan CD atau VCD Ustaz Kazim tanpa mendapat kebenaran terlebih dahulu dari Aliasalam dan juga Pusat Pendidikan Al Barakah. CD dan VCD Ustaz Kazim telah dibeli dan dicetak semula kemudian diedarkan samada di pasar-pasar malam dan kedai-kedai. Kami di Pusat Pendidikan Al Barakah meminta kerjasama dari orang ramai agar tidak membeli CD Ustaz Kazim yang tidak asli atau cetak rompak. Ini adalah kerana sebahagian besar dari pendapatan penjualan CD itu adalah digunakan untuk menampung perbelanjaan penyelanggaraan, Maahad Tahfiz dan juga anak-anak yatim.

sumber http://www.albarakah.org/




Saturday, January 15, 2011

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA: What Happens when you Drink Coke

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA: What Happens when you Drink Coke: "This may be an anti-coke propaganda, but technical people like doctors/chemists would be able to confirm or otherwise if the comments belo..."

tipu!tipu!tipu!

PPIM lancar blog Tipu, Tipu, Tipu

KUALA LUMPUR 14 Jan. – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) hari ini melancarkan sebuah blog yang memaparkan maklumat mengenai penipuan melibatkan syarikat pelaburan, jualan langsung, pemasaran pelbagai aras (MLM) dan peniagaan dalam talian kepada pengguna.

Pengguna boleh menyemak maklumat di blog yang dinamakan ‘Tipu, Tipu, Tipu’ itu menerusi http://forumsemak.blogspot.com/ yang memaparkan laporan mengenai pelbagai jenis penipuan oleh pihak tidak bertanggungjawab daripada serendah RM20 sehingga bernilai jutaan ringgit.

Setiausaha Kerja PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, blog itu dapat membantu orang ramai mengenal pasti syarikat-syarikat yang dilaporkan terlibat dengan penipuan dan penyelewengan.

‘‘Saya harap orang ramai akan semak dahulu laporan penipuan ini sebelum membeli atau menerima tawaran menarik daripada sesebuah syarikat,” katanya ketika berucap merasmikan blog itu di sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi Biro Keahlian PPIM, Husin Ahmad dan Aktivis Pengguna PPIM, Mohd. Mustaffa Hamzah.

Pada majlis itu, Husin dan Mohd. Mustafa menyerahkan cek perlindungan insurans kepada Zakiah Katib bernilai RM21,000 yang kematian suami disebabkan paru-paru berair.

baguih la PPIM,tahniah. update selalu. la ni mcm2 skim ada. semua tipu! tipu1 tipu!

Thursday, January 13, 2011

nak kerja dengan PayPal?

PayPal Buka Pejabat Di Malaysia



PayPal Inc, penyedia perkhidmatan pembayaran dan pemindahan wang online, telah mengumumkan pembukaan pusat sokongan pengguna serantau di Malaysia dan bercadang mengambil 300 pekerja dalam tempoh tiga tahun ini.
Dalam satu kenyataan di sini hari ini, PayPal berkata kemudahan baharu itu akan menawarkan perkhidmatan dan sokongan untuk para pengguna seluruh Asia Tenggara serta menyediakan sokongan operasi untuk perkhidmatan pembayaran global syarikat.
“Kami memilih Malaysia kerana tenaga kerjanya yang berkemahiran tinggi, berdaya saing global dan bertutur dalam pelbagai bahasa di samping persekitaran perniagaan dan infrastruktur bertaraf dunia,” kata naib presiden kanan perkhidmatan pengguna dan operasi global PayPal, John McCabe.
Sementara itu, ketua pegawai eksekutif Multimedia Development Corporation,  Datuk Badlisham Ghazali berkata keputusan PayPal menubuhkan kemudahan serantau di Malaysia adalah pengiktirafan kepada negara sebagai hab yang rancak untuk industri berteknologi tinggi.
“Sebagai syarikat berstatus Koridor Raya Multimedia Malaysia, PayPal ialah rakan yang penting dan strategik, seiring dengan kita bergerak merealisasikan matlamat menjadi ekonomi digital inovatif,” tambah beliau.
Berpangkalan di Kuala Lumpur, pusat sokongan pengguna baharu PayPal pada masa ini memberi pelbagai perkhidmatan termasuk perkhidmatan pengguna, sokongan pedagang dan peranan sokongan operasi yang lain.
Syarikat mempunyai pusat sokongan pengguna yang lain terletak di Shanghai, China, Arizona dan Nebraska (Amerika Syarikat), Dublin (Ireland) dan Berlin (Jerman). – Bernama

-katanya PayPal dok terima permohonan... www.paypal.com/my/kljobs