Thursday, January 13, 2011

nak kerja dengan PayPal?

PayPal Buka Pejabat Di Malaysia



PayPal Inc, penyedia perkhidmatan pembayaran dan pemindahan wang online, telah mengumumkan pembukaan pusat sokongan pengguna serantau di Malaysia dan bercadang mengambil 300 pekerja dalam tempoh tiga tahun ini.
Dalam satu kenyataan di sini hari ini, PayPal berkata kemudahan baharu itu akan menawarkan perkhidmatan dan sokongan untuk para pengguna seluruh Asia Tenggara serta menyediakan sokongan operasi untuk perkhidmatan pembayaran global syarikat.
“Kami memilih Malaysia kerana tenaga kerjanya yang berkemahiran tinggi, berdaya saing global dan bertutur dalam pelbagai bahasa di samping persekitaran perniagaan dan infrastruktur bertaraf dunia,” kata naib presiden kanan perkhidmatan pengguna dan operasi global PayPal, John McCabe.
Sementara itu, ketua pegawai eksekutif Multimedia Development Corporation,  Datuk Badlisham Ghazali berkata keputusan PayPal menubuhkan kemudahan serantau di Malaysia adalah pengiktirafan kepada negara sebagai hab yang rancak untuk industri berteknologi tinggi.
“Sebagai syarikat berstatus Koridor Raya Multimedia Malaysia, PayPal ialah rakan yang penting dan strategik, seiring dengan kita bergerak merealisasikan matlamat menjadi ekonomi digital inovatif,” tambah beliau.
Berpangkalan di Kuala Lumpur, pusat sokongan pengguna baharu PayPal pada masa ini memberi pelbagai perkhidmatan termasuk perkhidmatan pengguna, sokongan pedagang dan peranan sokongan operasi yang lain.
Syarikat mempunyai pusat sokongan pengguna yang lain terletak di Shanghai, China, Arizona dan Nebraska (Amerika Syarikat), Dublin (Ireland) dan Berlin (Jerman). – Bernama

-katanya PayPal dok terima permohonan... www.paypal.com/my/kljobs

No comments:

Post a Comment