Saturday, January 29, 2011

Artikel oleh En Fuad Latif-JPHBT

Ini Yang Benar

by Fuad Latip on Saturday, January 29, 2011 at 9:02pm

Sekadar bercerita tentang tasbih, tahmid dan takbir.

Kita selalu mengulang-ulang mengucapkan. Alhamdulillah ia cukup baik dan mudah-mudahan Allah SWT memberikan ganjaran pahala buat kita.

Saya ingin menceritakan sebuah cerita benar dari pengalaman sendiri yang mana tasbih, tahmid dan takbir diucapkan dengan penuh asli, datang dari jiwa yang sebenar sehingga terungkapkan tasbih, tahmid dan takbir.

Seorang teman yang berada di Johor menghantar SMS kepada saya apa yang beliau perlu lakukan di saat beliau berada di hospital. Isteri beliau mengalami sedikit masalah kesihatan.

Apakah ucapan zikir yang terbaik yang perlu dirinya lafazkan? Apakah doa yang terbaik untuk beliau mohonkan? inilah soalan yang diajukan kepada saya ketika beliau agak runsing dengan keadaan isteri beliau.

Lalu saya membalasnya secara langsung. Ilham mengalir terus di jiwa lalu fikiran menggerakkan jari-jari menaip butang-butang handphone membalas SMS.

Saya tidak mengajar beliau ucapan zikir yang mana, doa yang mana. Saya katakan, cuba lihat manusia yang lalu di sana. Mereka sedang berjalan ke sana sini. Semua itu sedang digerakkan oleh Allah SWT. Semuanya mengikut kehendak Allah.

DAN SEDARILAH ALLAH SEDANG MELIPUTI SEMUANYA. Tidak ada yang engkar, tidak ada yang tidak mahu. Semuanya sedang mengikut kehendak Allah. Lihatlah Allah di sana. Lihatlah... sedar kepadaNya.

Beliau membalas... mudahnya... begitu sahaja ke? tidak perlu ucapan zikir? Tidak perlu berdoa?

Saya membalasnya lagi. Ya... lakukan dahulu. Nanti saudara akan tahu sendiri.

Ketika beliau melakukan begitu.... lalu beliau sedar adanya Allah.... sedar kepadaNya... sendirinya terpancul dari mulut beliau... SUBHANALLAH.... ALHAMDULILLAH.... ALLAHUAKBAR....

Nah!!! inilah yang asli. Ucapan yang sangat benar. Ucapan yang sangat jujur memuji Allah. Ucapan yang keluar sendiri.

Semuanya itu benar-benar dari jiwa ketika sedang melihat bukan sekadar kuasa Allah tetapi beliau melihat sendiri adanya Allah SWT yang sedang meliputi. Sendiri merasakan terus. Ucapan itu hanyalah membenarkan apa yang dirasakan oleh jiwa. Ucapan itu sekadar bukti apa yang dialaminya saat itu.

Terasa sungguh Maha Suci Allah. Bergetar pujian Allah. Tidak mampu lagi menyatakan selain Maha Besar Allah.

Saya menerima kembali SMS beliau.... En Fuad.... terima kasih. Terlalu mudah untuk sedar ke Allah sebenarnya.

Sekadar perkongsian.

Fuad Latip
Jiwa Positif Hidup BerTuhan
29 Jan 201

No comments:

Post a Comment