Tuesday, March 29, 2011

Peraturan lapuk, tak relevan perlu dimansuh - KSN

Peraturan lapuk, tak relevan perlu dimansuh - KSN

29/03/2011 4:08pm

PUTRAJAYA 29 Mac - Semua peraturan yang sudah lapuk serta tidak lagi relevan perlu dimansuhkan sekiranya Malaysia ingin berada dalam senarai antara 10 negara paling kompetitif di dunia, kata Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd. Sidek Hassan.
Justeru itu, beliau meminta setiap kementerian menyemak semula semua peraturan yang sudah lapuk sekiranya ia perlu melalui proses penambahbaikan atau dimansuhkan jika tidak lagi sesuai.
"Semua Ketua Setiausaha (KSU) kementerian dan ketua jabatan perlu memastikan proses penambahbaikan ini dilaksanakan dan direalisasikan,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan PEMUDAH Challenge musim pertama, di sini, hari ini.
Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan (PEMUDAH) menganjurkan penyertaan ‘The PEMUDAH Challenge: One Million Ringgit For 1000 Ideas’ bagi memperoleh idea kritikal dari penjawat awam mengenai sebarang peraturan dan perundangan yang telah lapuk boleh diubah kepada idea yang terkini, praktikal dan ditambah nilai. - Bernama


-a'a..setuju...bukan tu saja...orang  yang lapuk dan tak relevan kat satu2 tempat dan jawatan pun kena tukar jugak....

Thursday, March 24, 2011

Jangan buat spekulasi mengenai video seks: KPN

Jangan buat spekulasi mengenai video seks: KPN 



2011/03/24

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mengingatkan semua pihak supaya tidak membuat spekulasi dan andaian berhubung rakaman video seks yang dikatakan membabitkan seorang pemimpin pembangkang. 

Beliau berkata, memandangkan baru semalam pengakuan dibuat oleh tiga individu berhubung rakaman video berkenaan, pasukan khas di bawah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman yang ditubuhkan untuk menyiasat video itu memerlukan masa untuk menyiasat."Bagi masa dan peluang kepada "team" ini untuk menjalankan tugas-tugas mereka serta menyiasat secara profesional dan terbuka.-Berita Harian




-fuh..kalau tak dak pengakuan dari trio tu...tak tau berapa banyak tahun lagi masa nak siasat.

Tuesday, March 15, 2011

huh...isu babi tak melompat,isu azan jgn melatah..

Jangan cepat melatah isu persenda azan, kata Jakim

15/03/2011 6:41pm


KUALA LUMPUR 15 Mac — Umat Islam di negara ini diminta supaya tidak cepat melatah dengan perbuatan mempersendakan azan menerusi “You Tube" kerana itu mungkin perbuatan nakal kanak-kanak.
Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz berkata, umat Islam perlu berfikiran rasional dalam menangani masalah itu dan meneliti siapa yang bertanggungjawab melakukannya serta tujuan mereka.
“Pihak yang melakukannya mungkin daripada kalangan yang tidak mengetahui ia merupakan sensitiviti umat Islam, seperti budak-budak nakal.
“Tetapi jika ia dilakukan oleh mereka yang sememangnya bertujuan mengganggu keharmonian Islam, tindakan perlu diambil,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Semalam Persatuan Pengguna Islam Malaysia meminta kerajaan mengambil tindakan tegas termasuk mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri terhadap pihak yang bertanggungjawab menyiarkan video klip mempersendakan azan menerusi “You Tube”.
Wan Mohamad berkata isu yang “tenggelam timbul” seperti itu tidak harus menjadikan umat Islam cepat melatah.
"Mungkin selepas ini lebih banyak isu yang akan cuba dimainkan dalam mencabar sensitiviti umat Islam, jadi umat Islam harus bersabar dan bersikap rasional,” katanya. — Bernama

-kalau isu interlok, semua melompat, pak menteri, buat jawatankuasa itu ini...isu babi..senyap..isu azan nak senyap jgk..mana pak menteri2 ngo lain ....mcm PPIM saja yang Islam kat negara Islam ni.

Monday, March 7, 2011

tipu lagi!!!

1 MALAYSIA (yang pakai proton) KENA TIPU
Kenapa Proton tak jual harga macam kat Arab Saudi?
Apa istimewanya orang Arab?

Kata ”Rakyat didahulukan”…..
Kenapa orang Arab lebih diutamakan?

Haaaa…..Jawapannya ialah…..Pemilik Proton di Malaysia semuanya dah kena tipu …..Hahaha

Harga Persona kat Saudi  = SR 36,100
Harga Gen2 kat Saudi = SR 33,600
Harga Waja kat Saudi = SR  37,950

1 Saudi riyal = 0.808579547 Malaysian ringgits

http://www.google.com.my/intl/en/help/features.html#currency


(copy pes dari emel)


-1Malaysia, rakyat arab saudi diutamakan. keuntungan pencapaian diutamakan.

Lepas menang bole la cerita pasal naik minyak ...huhu...

Harga RON95 perlu dikaji semula

KUALA LUMPUR 7 Mac - Harga petrol RON95 perlu disemak semula sekiranya harga pasaran minyak mentah dunia kekal melebihi AS$100 (RM300) setong dalam tempoh lebih tiga bulan.
Ketua Pegawai Eksekutif Institut Kepimpinan dan Strategi Asia (ASLI), Datuk Michael Yeoh berkata, kerajaan perlu menilai semula harga tersebut bagi memastikan pemberian subsidi tidak akan meningkat.
''Pada masa ini harga pasaran minyak mentah dunia berlegar melepasi AS$100 (RM300) setong ekoran krisis politik yang melanda Timur Tengah yang merupakan antara pengeluar minyak terbesar di dunia.
''Sekiranya trend kenaikan harga minyak mentah itu berterusan melebihi tiga bulan, kerajaan perlu menimbang untuk menaikkan harga petrol RON95 bagi pasaran tempatan,'' katanya.
Beliau berkata demikian pada Persidangan Greater KL Bandar Pintar Pada Masa Hadapan di sini hari ini.
Pada masa ini hanya harga petrol RON97 yang didagangkan mengikut harga semasa minyak mentah dunia.
Tambah Yeoh, diharap trend kenaikan harga pasaran minyak mentah global itu bersifat sementara dan akan kembali stabil apabila krisis politik di Timur Tengah kembali reda.
Sementara itu, beliau turut melahirkan kebimbangan terhadap peningkatan kadar inflasi semasa ekoran kenaikan harga makanan dunia.
''Penganalisis ekonomi berpendapat, peningkatan harga makanan akan menyebabkan kadar inflasi tempatan melonjak melebihi tiga peratus pada tahun ini,'' jelasnya.
Ketika ditanya mengenai pertumbuhan ekonomi negara pada tahun ini, Yeoh berkata, prestasi Malaysia adalah baik dengan pertumbuhan dijangka pada paras enam peratus.
''Pertumbuhan kukuh akan disokong oleh pemulihan dalam sektor eksport serta harga komoditi yang kukuh,'' tambah beliau.
Selain itu, prestasi pasaran saham tempatan juga kekal positif dan dijangka mencecah paras 1,700 mata menjelang akhir tahun ini.

saman ekor..nak bayar ke tak?

Isu saman ekor

MAHKAMAH, melalui kes Leonard Lim Yaw Chiang lwn Director of Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sarawak tahun 2009 telah memutuskan bahawa JPJ tidak boleh menyenarai hitam kenderaan di atas suatu kesalahan yang belum dibuktikan di mahkamah.
Tindakan JPJ menyenarai hitam diputuskan telah bertentangan dengan Perkara 13 Perlembagaan.
JPJ juga telah diarahkan membayar ganti rugi kepada pemohon dalam kes itu kerana kesusahan beliau tidak dapat menggunakan kenderaan sehingga terpaksa menyewa kenderaan lain.
Justeru di sini ingin dimaklumkan kepada pemandu-pemandu dan pemilik-pemilik kenderaan yang dinafikan hak mereka memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu, bahawa hak anda dilindungi oleh Perlembagaan. Pihak berkuasa tidak boleh sewenang-wenang menafikan hak anda.
Berbalik kepada tawaran kerajaan memberikan diskaun pembayaran saman. Ingin dimaklumkan bahawa tindakan ini tetap salah. Isu utamanya ialah bukan jumlah bayaran kompaun atau denda itu RM300 atau RM150 atau pun RM50. Isu utamanya adalah, adakah seseorang itu benar-benar melakukan kesalahan yang didakwa sehingga mereka wajib membayar denda?
Perlu diambil perhatian bahawa untuk menguatkuasakan sesuatu peraturan dan undang-undang, sesebuah pihak berkuasa hendaklah juga mengikut peraturan dan undang-undang. Saman tidak boleh tertunggak.
Jika ada yang tertunggak maka ia bukan saman. Saman hendaklah dikemukakan di mahkamah. Orang yang disaman (OKS) hendaklah diserahkan saman dan diperintahkan hadir ke mahkamah untuk menjawab saman itu.
Jika OKS mengaku salah maka mahkamah akan memerintahkan OKS itu membayar denda. Jika denda dibayar maka saman itu selesai dan tidak akan tertunggak. Jika saman diserahkan kepada OKS tetapi OKS tidak hadir ke mahkamah, maka mahkamah akan keluarkan waran tangkap supaya OKS hadir mahkamah.
Maka proses yang sama akan berlaku iaitu OKS akan ditanya mengakui kesalahan atau meminta bicara. Jika mengaku maka akan diarahkan supaya bayar denda bagi saman itu. Maka selesailah saman itu. Tidak tertunggak. Jika tidak mengaku maka akan dibicarakan. Bergantung kepada keputusan mahkamah, jika didapati salah selepas bicara, maka akan diperintahkan untuk bayar denda. Selesailah saman itu. Jika tidak bersalah maka luput juga saman itu. Tidak tertunggak.
Soalannya kenapa ada saman tertunggak? Jawapannya pertama kerana saman-saman itu tidak pernah dibawa ke mahkamah. Kedua kerana yang dikatakan saman itu sebenarnya bukan saman tetapi notis sahaja.
Saman ekor yang dikatakan saman ini sebenarnya bukan saman tetapi sekadar notis kepada pemilik kenderaan meminta maklumat pemandu yang dikatakan memandu melebihi had laju.
Notis ini juga disertakan tawaran kompaun jika pemilik kenderaan mengaku melakukan kesalahan.
Ia dikeluarkan di bawah Seksyen 115 Akta Pengangkutan Jalan 1987 atau dikenali dengan Notis Pol 170A. Jika pemilik tidak mengaku kesalahan maka kompaun tidak perlu dibayar kerana kompaun itu hanyalah tawaran. Jika pemilik tidak membayar kompaun sepatutnya pemilik disaman supaya hadir ke mahkamah bagi menjawab tuduhan memandu melebihi had laju.
ZULHAZMI SHARIFF
Penasihat Undang-Undang
Kempen Anti Saman Ekor (KASE)


Wednesday, March 2, 2011

Umat Islam perlu hati-hati barang farmaseutikal dibungkus kapsul gelatin

Tiga produk positif DNA khinzir
Oleh Faiza Zainudin
faiza@bharian.com.my
2011/03/03

Umat Islam perlu hati-hati barang farmaseutikal dibungkus kapsul gelatin 

KUALA LUMPUR: Kajian Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi terhadap 15 sampel produk farmaseutikal tempatan yang dibungkus dengan kapsul gelatin yang diambil secara rambang dari pasaran mendapati tiga daripada produk itu positif DNA khinzir.
Kehadiran DNA itu dikesan menggunakan kit diagnosis yang dibangunkan sebuah syarikat multinasional tempatan menerusi projek perintis bersama kementerian berkenaan, baru-baru ini, dalam usaha membangunkan produk standard halal di Malaysia.
“Kajian menggunakan kaedah bioteknologi terkini itu menunjukkan 15 peratus produk yang dibungkus dengan kapsul gelatin di negara ini disyaki diperoleh dari sumber khinzir. 

“Oleh itu, umat Islam perlu berhati-hati menggunakan produk farmaseutikal dan memilih yang mempunyai logo halal bagi mengelakkan mereka terpedaya,” kata Timbalan Menterinya, Datuk Fadillah Yusof yang dihubungi, semalam. 

Fadillah berkata, tindakan boleh diambil terhadap mereka yang menjual produk tidak halal menggunakan logo halal. 

“Bila kami bangunkan standard halal, ia berasaskan kepada sukarela, mana-mana syarikat yang mahu memasarkan produk mereka sebagai produk halal, mereka perlu patuh garis panduan dan syarat yang ditetapkan. 
“Kalau mereka tidak letak tanda halal, kami tidak boleh ambil tindakan, terpulang kepada pengguna Islam yang prihatin untuk membeli produk halal dengan logo halal,” katanya. 

Fadillah berkata, kerajaan sedang berusaha untuk menjadikan Malaysia hab halal global bagi pengeluaran dan perdagangan barangan dan perkhidmatan menjelang 2020. 

Sehubungan itu, katanya, pelbagai langkah dilakukan bagi merealisasikan hasrat itu, termasuk memperkenalkan Standard Malaysia – MS 2424:2020 (P): Farmaseutikal Halal: Garis Panduan Umum, iaitu garis panduan umum pertama diperbadankan di dunia untuk farmaseutikal halal. 

Beliau berkata, garis panduan itu dijangka memberi faedah yang besar kepada negara dalam industri halal yang kini mendapat pasaran yang luas di peringkat global. 

Katanya, negara mempunyai kelebihan dalam pembangunan industri halal kerana Malaysia adalah negara Islam moden yang mengamalkan sistem ekonomi terbuka, mempunyai infrastruktur fizikal yang lengkap dan institusi yang berupaya menyokong inisiatif dan program mantap bagi membangunkan industri itu. 

“Dengan pembangunan siri Malaysian Standard (MS) termasuk MS Farmaseutikal Halal, Malaysia mempunyai kelebihan dalam persaingan pasaran halal yang semakin kompetitif,” katanya. 


-PRODUK APA? AWAT TAK SEBUT? MCM MANA NK BERHATI2?