Sunday, February 13, 2011

Air suam + ais kosong = 80 sen


gila!segelas ayaq suam ngan aih(ais) kosong lapan kupang! mungkin ni la maksud  negara berpendapatan tinggi ni. kesan kecil inflasi makanan.

Kesan kecil inflasi makanan

KUALA LUMPUR 20 Feb. - Malaysia tidak perlu gusar mengenai inflasi makanan yang dikatakan akan melanda dunia berikutan kekurangan bekalan, sekali gus melonjakkan harga barangan.
Ketua Ahli Ekonomi Kumpulan RAM Holdings Bhd., Dr. Yeah Kim Leng berkata, sebagai sebuah negara membangun, impak yang menimpa Malaysia dijangka tidak ketara berbanding negara-negara miskin.
Ini kerana kerajaan masih mampu untuk menambah subsidi makanan bagi menyerap sebarang kenaikan harga.
"Memang diakui terdapat krisis bekalan makanan kerana pelbagai faktor antaranya perubahan iklim mendadak selain kekurangan (bilangan) negara yang menjadi pengeluar sumber pertanian," katanya kepada Utusan Malaysia baru-baru ini.
Jelas Kim Leng, kerajaan dijangka bersedia menambah subsidi makanan dalam usaha memastikan bekalan sentiasa mencukupi dan tidak membebankan rakyat.
"Walaupun pertambahan subsidi akan memanjangkan tempoh defisit perbelanjaan kerajaan, namun kami yakin kerajaan akan bersedia kerana tidak mahu membebankan rakyat," tambah beliau lagi .
Malah, pelaksanaan harga barangan kawalan juga dilihat mampu menyekat kenaikan harga makanan secara keterlaluan.
"Apa yang diperlukan adalah penguatkuasaan bagi memastikan tidak ada aktiviti pengambilan untung secara berlebihan," katanya.
Menurut Kim Leng, peningkatan eksport komoditi seperti minyak, getah dan kelapa sawit ketika ini akan menambahkan pendapatan kerajaan, sekali gus mampu menyeimbangkan beban subsidi kerajaan.
"Pendapatan kerajaan akan bertambah kerana eksport komoditi meningkat namun perbelanjaan untuk menambah subsidi akan memanjangkan tempoh belanjawan defisit.
"Tetapi Malaysia beruntung kerana masih mempunyai kapasiti untuk mengekang inflasi makanan," tambah beliau lagi.

No comments:

Post a Comment