Thursday, February 3, 2011

KATIL BAYI YANG TIDAK SELAMAT



Organisasi U.S Consumer Product Safety Commision  di Amerika Syarikat dengan kerjasama syarikat LaJobiInc- New Jersey  telah menarik balik sebanyak 217000 katil bayi dari pasaran.

Katil bayi tersebut dikatakan boleh patah dan bayi dalam katil tersebut boleh terjatuh dan tercedera.  Apabila katil tersebut patah di tepi, jarak diantara batang kayu tersebut boleh menyebabkan kepala atau leher bayi yang bergerak tersangkut dan ia boleh mengakibatkan bayi tersebut tercekik.
Katil ini diperbuat dari negara China dan Vietnam dan telah dijual  secara meluas di pasaran Amerika Syarikat. Pengguna- pengguna di Malaysia harus peka dan ber perhatian apabila hendak membeli katil untuk bayi. Anda dinasihatkan agar berhati- hati apabila hendak membeli barangan tersebut dan jika terdapat label LaJobi, elakkan dari membeli.

Mohana Priya
Persatuan Pengguna- Pengguna Standard Malaysia

No comments:

Post a Comment