2011/02/27
TEMERLOH: Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata harga barang kawalan seperti beras, gula dan minyak masak tidak dipengaruhi faktor pilihan raya kecil seperti didakwa pembangkang. Berikutan itu, beliau menyangkal tohmahan kononnya pelbagai harga barang kawalan akan meningkat sebaik saja tamat pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau dan DUN Merlimau pada 6 Mac ini.
“Pembangkang boleh janji mereka akan turunkan harga barang jika menang, tetapi saya yakin mereka tidak boleh melakukannya. Di negeri pembangkang, mereka boleh menurunkan harga beberapa perkara yang dikawal sendiri seperti cukai pintu, tetapi ia tidak dilakukan.“Sebaliknya, ada cukai pintu di Selangor yang sudah dinaikkan,” katanya pada program Lawatan Rumah Ke Rumah di Kuala Tekal, Kerdau, di sini petang semalam.
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Menterinafibarangkawalannaikselepaspilihanraya/Article
- kalau ikut pengalaman terbaru la..minyak macam naik 5 det ( 5 sen) lepas pilihanraya tenang .hmmm.
No comments:
Post a Comment