Wednesday, April 20, 2011

hoho..akhirnya polis siasat...

Polis perlu masa siasat pendedahan RPK

KUALA LUMPUR 20 April – Polis memerlukan masa untuk melengkapkan siasatan terhadap pendedahan Raja Petra Kamaruddin (RPK) yang mendakwa beliau didesak oleh beberapa individu supaya membuat akuan bersumpah mengaitkan Perdana Menteri dan isteri dalam kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Mohd. Zinin berkata, setakat ini, beberapa individu telah dipanggil untuk memberi keterangan bagi melengkapkan siasatan kes tersebut.
“Kita sudah mengambil keterangan daripada beberapa individu sebaik sahaja beliau (RPK) membuat pendedahan pada minggu lalu,” katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.
Mohd. Bakri bagaimanapun enggan mendedahkan nama individu yang memberi keterangan termasuk kemungkinan perlu atau sudah memanggil pegawai perisikan tentera, Kolonel Azmi Zainal Abidin.
Katanya, semua keterangan diberi oleh individu terbabit masih disiasat dan polis memerlukan masa untuk melengkapkan siasatan kes berkenaan.

-komen skit. dah tiga tahun dah .akhirnya berjaya jugak RPK buat polis siasat menda ni.dah terang2 dalam SD tu cakap siasat org2 yang dia sebut tu. tp dia pulak yang kena. kalau salah charge la. belum siasat dah salah. 

No comments:

Post a Comment